Sunday, 27 September 2015

KENAPA MAKAN SUPPLIMENT TIDAK MENUNJUKKAN SEBARANG KESAN ?





Kenapa ya takde kesan pun makan suplemen ni? 
Aku makan dah berbulan-bulan, sama je.
Malaslah makan lagi, tak berkesan pun makan suplemen tu. 

Anda pernah mengalami situasi seperti di atas? Atau anda pernah dengar rakan terdekat anda mengadu seperti ayat di atas? Ada beberapa faktor yang mengebabkan pengambilan suplemen tidak memberi kesan ataupun memberi kesan yang lambat pada sesetengah pengguna. Mari kita lihat faktor-faktor tersebut:

  • Tidak mengikut dos yang ditetapkan - sistem dalam badan kita tidak sama dengan semua orang. Jadi kita perlu mulakan dengan dos yang kecil dan juga dos yang disarankan oleh ahli yang menjual. Jika berlaku kesan penyembuhan, pengguna ini mudah terpedaya dengan menganggap ianya tidak sesuai dengan mereka.
  • Kurang minum air masak - pengambilan air yang mencukupi sangta penting kerana air menggalakkan proses perkumuhan berlaku untuk membuang toksin di dalam badan. Jika seseorang mengambil suplemen, darah akan mula memekat. Pengambilan air adalah untuk meneutralkan semula darah di dalam badan kita. Formula jumlah air yang perlu diminum ialah setiap 25kg = 1 liter air.
  • Tidak konsisten - badan memerlukan 90 hari untuk berkomunikasi dengan makanan tambahan yang kita ambil. Jika pengambilan suplemen tidak konsisten, bagaimana badan hendak bertindak balas dengan suplemen kan?
  • Pengambilan kafein - pengambilan kafien dalam diet harian kita akan menghalang keberkesanan setiap suplemen yang di ambil. Jadi, pengambilan kafein perlu dikurangkan dan dipantau untuk memastikan fungsi suplemen serap ke dalam badan pengguna.
  • Tidak mengamalkan diet seimbang - contohnya, terlalu bergantung kepada suplemen tetapi tidak menjaga pemakanan yang di ambil setiap hari dan tidak bersenam. Ini juga salah satu sebab suplemen tidak memberi kesan kepada pengguna.
Jadi, jika anda mahukan kesan yang lebih cepat dan berkesan, sila pantau faktor-faktor di atas.

No comments:

Post a Comment